Info Kad Kahwin

Bakal-bakal pengantin dinasihatkan berhati-hati bila membuat tempahan kad kahwin dengan mana-mana kedai kad kahwin. Tidak semestinya kedai online seperti kami hasilnya tidak sempurna dan bukan semua kedai yang ada dapat memuaskan hati bakal pengantin.
Jika anda pergi ke kedai kad kahwin apa yang perlu anda lakukan?

1-Tanya tentang harga kad
Tanya samada harga termasuk percetakan, artwork, peta, sampul dan penukaran kerana ada kedai kad kahwin yang tidak memaparkan harga sebenar kad kahwin. Terdapat banyak harga tersembunyi seperti penambahan peta RM40 la, tambah 2 pihak kena lagi RM30!! dan ada juga harga yang tidak termasuk percetakan dan sampul putih. Ini boleh menjatuhkan perniagaan kad kahwin peniaga lain. Jangan tertipu dengan promosi-promosi di majalah atau website yang meletakkan promosi harga gila-gila seperti 'KAD KAHWIN serendah 10sen sekeping'. Perhatikan iklan itu betul-betul atau hubungi mereka untuk mendapatkan kepastian tentang harga mereka. Biasanya mereka akan letakkan harga-harga tersembunyi dengan tulisan yang sangat kecil.

2-Kurangkan kos Kad Kahwin
Nasihat kami jangan buat kad kahwin 2 kali!! Contohnya, buat kad kahwin untuk orang kampung 500pcs, kemudian buat kad kahwin VIP 50pcs. Sebenarnya ini adalah tindakan yang kurang bijak kerana sebenarnya anda boleh buat kad yang lebih cantik dan menarik untuk semua tetamu anda. Biasanya bakal pengantin akan buat kad kahwin photostat untuk orang kampung 500pcs atau lebih tetapi kad VIP hanya 50pcs. Jika anda kira semula kos sebenar, anda boleh buat kad kahwin VIP yang sederhana cantik untuk semua tetamu.
Katakan anda buat kad fotostat 500pcs dengan kos RM300. Kemudian anda buat kad kahwin VIP 50 pcs dengan kos RM3.00 sekeping = Rm150. Kos kad kahwin anda ialah RM450. Jika anda tambah lagi RM50 anda boleh dapat kad lipat 2 yang sederhana cantik untuk 1000pcs.

3-Beli template kad kahwin / buat kad kahwin sendiri
Ini juga tindakan yang kurang bijak kerana anda bukanlah designer/pereka. Jika anda membeli template berharga RM50, anda perlu design peta anda sendiri, perlu diingatkan anda juga perlu mahir dengan perisian grafik seperti photoshop dan illustrator. Adakah anda mahu hasil kad kahwin anda hanya dibuat di microsoft word/powerpoint?? Sudah tentu hasilnya kurang menarik. Setelah artwork siap, anda perlu memikirkan pula tentang kos percetakan. Mungkin anda boleh cetak di pejabat, tetapi artwork kad kahwin perlu di'setting' supaya muka depan dan belakang sama tempat lipatannya. Ini akan membuatkan kad kahwin anda kelihatan tidak berapa menarik.
Setelah anda berjaya mencetak, anda perlu membeli sampul kad kahwin pula dengan kos RM50 untuk 1000pcs. Tidakkah ini memenatkan dan hasilnya tentulah tidak seperti yang anda inginkan....

kad kahwin murah malaysia  © Blogger template por pino design 2008

Voltar para o TOPO